March 14, 2012

Pembunuhan Tanpa Senjata!

  Baru tadi tengok berita kat tv3 tentang penderitaan rakyat Palestin akibat kekejaman ISRAEL laknatullah yang membunuh rakyat Palestin setiap saat yang mana sekarang ni mereka dah kurangkan penggunaan senjata tetapi dengan cara mencatu bekalan elektrik ke Palestin.

      Pencatuan eletrik ke setiap pelosok bumi Palestin selama 12 jam sehari mengakibatkan ramai rakyat palestin yang menerima rawatan dihospital terbunuh terutama bayi-bayi pramatang yang memerlukan alat sokongan untuk bernafas. Hanya generator sahaja jalan terakhir yang dapat digunakan semasa ketiadaan eletrik tetapi ia hanya dapat bertahan selama 8 jam SAHAJA! Kejam sungguh kau ISRAEL. Terowong-terowong yang selama ni menjadi tempat terowong rahsia untuk rakyat Palestin telah pun di tutup oleh negara MESIR. Entah apa la yang habuan Negara Mesir ni dapat sampai bantuan pun dia sekat..



      Sebagai orang ISLAM kite marilah kita berdoa agar rakyat-rakyat Palestin ini dipelihara dan Negara Mesir membenarkan semula terowong-terowong ini dibuka agar saluran dapat diberi kepada saudara muslim kita di bumi Palestin.

No comments:

Post a Comment