March 12, 2012

'Sukan Olimpik Tumpuan Saya'


      Penarikan diri yang dibuat oleh Dato' Lee Chong Wei pada perlawanan akhir Seluruh England kerana kecederaan sememangnya amat mendukacitakan rakyat Malaysia terutamanya yang bersengkang mata semata-mata mahu menyaksikan pemain no.1 Malaysia dan Dunia itu beraksi menentang musuh utama beliau iaitu Lin Dan atau lebih dia kenali sebagai Super Dan. Bermain dengan penuh semangat diset pertama walaupun kecundang 21-19, Lee Chong Wei membuktikan yang kecederaan yang dialami beliau bukan alasan untuk memberi tentangan sengit kepada jagoan china tersebut. 

      Di set kedua, Lee Chong Wei beberapa kali terpaksa meminta bantuan pegawai perubatan yang bertugas untuk mengurangkan kesakitan dibahagian bahu kanan beliau dan akhirnya pada kedukan 2-6 beliau terpaksa menarik diri kerana sudah tidak berdaya menahan kesakitan.

      Penarikan diri beliau bermakna hasrat untuk menjadi pemain Malaysia kedua selepas Wong Peng Soon (1950-1952) mencipta hatrik di Seluruh England musnah.Akan tetapi apa yang lebih penting ialah ditemasya Sukan Olimpik 2012 di London yang menjadi tumpuan utama beliau.

P/s: Majulah Sukan Untuk Negara!!!

No comments:

Post a Comment