March 13, 2012

Teman Tapi Mesra?

      Ada ke lelaki yang bersahabat dengan perempuan yang mana  mereka ni berkawan sampai orang kata 'best friend' yang selalu kehulu kehilir bersama-sama tapi hanya sekadar Teman Tapi Mesra@BFF? Setiap manusia fitrahnya perlu memerlukan antara satu sama lain tak kira la sama jantina atau tidak. Sedar atau tak cinta itu berputik tanpa kite sedari. Tapi cinta itu tak seharusnya berputik sebelah tangan sahaja. Ada saja lelaki@perempuan yg jatuh cinta dengan BFF mereka ni tapi kerana ada rasa takut yang mereka hanya bertepuk sebelah tangan maka mereka pendam kan sahaja perasan itu kerana sayangkan hubungan yang selama ini mereka pelihara.




      Adalah menjadi satu kerugian jika anggapan@ andaian ini yang mereka buat kerana kelak bila dapat tahu yang BFF mereka akan melangsungkan perkahwinan baru mereka rasa menyesal kenapa tidak cuba dari dulu. Tapi mungkin inilah jodoh namanya. Walau apa pun kita sebagai makhluk-NYA hanya mampu merancang kerana hanya-DIA yang tahu apa yang terbaik buat kita. 



P/s: Tahniah buat sahabat baik penulis iaitu Syazwani Kamal yang bakal melansungkan perkahwinan pada hujung bulan Mei ni.

No comments:

Post a Comment